Home
Selamat Datang / Welcome
Jawatan Kuasa Penduduk ZON 21, Majlis Perbandaran Selayang di bawah Ahli Majlis - Zulnizam Bin Shahrani

SALAM SEJAHTERA,
Pada tahun 2010, saya sebagai Ahli Majlis Perbandaran Selayang dan seluruh warga Ahli Jawatankuasa Penduduk Zon 21, komited untuk menyelesaikan aduan dan masalah dengan kadar segera dan menyeluruh.
Walaubagaimanapun, penduduk dan warga Selayang, di minta menyalurkan maklumat dan aduan dengan betul dan teratur untuk memudahkan pemantauan terhadap aduan di Zon 21 berjaya di laksankan.
Sebagai Jawatankuasa Penduduk Zon 21, masalah akan di selsaikan dengan segera dan kami cukup prihatin akan masalah yang timbul untuk di tangani.
Segala aduan boleh rujuk ke no telefon :
013-6055533
019-3505347 (SMS ONLY)
ZULNIZAM BIN SHAHRANI
AHLI MAJLIS
MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG
(ZON 21)
MAKLUMAN |
|
SELAMAT MENYAMBUT HARI DEEPAVALI..... MAJLIS GOTONG ROYONG TAMAN WANGSA PERMAI FASA 1 PADA 31 OKT 2010, JAM 8.30 PAGI...JEMPUT HADIR
|
PELANCARAN SKUAD 'COMBI' DI KG DESA AMAN |
PELANCARAN SKUAD COMBI PEJABAT KESIHATAN DAERAH GOMBAK DAN JKP ZON 21
8 Ogos 2010, majlis Pelancara Skuad Combi, telah di adakan di Kg Desa Aman, skuad yang di tubuhkan untuk membanteras penularan wabak denggi yang semakin meningkat.Program ini khusus untuk menjadikan sukarelawan yang di lantik oleh Pejabat Kesihatan Gombak yang terdiri dari Penduduk Kampung bertindak sebagai membantu dan melihat kawasan-kawasan yang boleh menyumbang kepada tempat pembiakkan nyamuk denggi, dan seterusnya menanganinya dan melaporkan terus ke Pejabat Kesihatan Daerah. |
MAJLIS GOTONG ROYONG BUKIT LAGONG, SG BULOH |
|
Kampung Bahagia, Bukit Lagong, Sungai Buloh 18 July 2010, 18 July 2010, Gotong Royong membasmi denggi di Kg Bahagia Bukit Lagong telah berjaya di anjurkan sepenuhnya oleh Jawatankuasa Penduduk Zon 21 di bawah Ahli Majlis Zulnizam Bin Shahrani.
Program yang berlangsung selama 5 jam itu juga mendapat kerjasama Majlis Perbandaran Selayang, Jabatan Kesihatan Gombak dan Alam Flora. Di fahamkan kampung yang di huni lebih 200 keluarga ini tidak pernah mengadakan majlis gotong royong seperti ini, dan ia petanda baru dalam memberi perkhidmatan yang baik oleh pelbagai pihak untuk kesejahteraan penduduk kampung ini.
|
Objektif Penubuhan Jawatankuasa Penduduk (JKP) |
|
|
Jawatankuasa Penduduk di tubuhkan untuk mencapai objektif tersebut : a) Mewujudkan hubungan dua hala dan persefahaman antara penduduk dengan Majlis Perbandaran Selayang b) Menyalurkan maklumat dan penerangan yang tepat dan jelas tentang aktiviti atau program Majlis Perbandaran Selayang kepada penduduk c) Mendapatkan maklumat tentang permasalahan dan aduan penduduk yang berkaitan untuk di selesaikan di peringkat Majlis Perbandaran Selayang d) Menggalakkan penglibatan dan penyertaan masyarakat dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan e) Merapatkan hubungan silatulrahim di kalangan penduduk di samping mewujudkan semangat perpaduan berbilang bangsa
|
|
JKP ZON 21 |
Perasmian Pejabat AHLI MAJLIS ZON 21 |
|
Jawatankuasa Penduduk ZON 21 meliputi kawasan berikut :
JKP Zon 21 meruapakan kawasan yang meliputi kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Selayang berpandukan 'geografi' politik iaitu dalam kawasan DUN Paya Jaras, dan Parlimen Subang |
Selamat Datang :
Pejabat Ahli Majlis Zon21 Perasmian Pejabat Ahli Majlis Zon 21, yang juga Pusat Khidmat Ahli Majlis untuk JKP ZON 21 pada 25 July 2009 telah di rasmikan oleh YB Sivarasa dengan di hadiri oleh semua ahli JKP dan penduduk sekitar ZON 21.
|

PELANCARAN SKUAD COMBI PEJABAT KESIHATAN DAERAH GOMBAK DAN JKP ZON 21


